Foto yuli novi yuli yuli al inayah yuli astutik yulii

Tuesday, June 18, 2013

Globalisasi


Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global. Keempat-empat modal ini adalah:
Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini, berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas, layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.

Isi kandungan

  [sorokkan

Perdebatan dan makna[sunting]

Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai “ pergantungan ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasimendefinasikan ia sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara". [1] Walaupun ahli teori yang kritikal seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami secara berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia [2] definasi-definasi berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai peranan dan perhubungan kerajaankoperasi dan individu dalam memaksimakan kebajikan sosial dalam paradigmaglobalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi mempunyai aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana aspek-aspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan dan keburukan yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang kuat.
Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdaganganpelaburan dan migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan berlangsung melaluipelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang tenaga buruh.
Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan industri asal suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik pelaburan asing pula berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan negara-negara kehilangan kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar ekonomi yang bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka. Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara lain dan penhijrahan beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada suatu negara. Pengkritik globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.
Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan menggubal peraturan-peraturan global dan institusi untuk meregulasi isu seperti perdagangan, hak asasi manusia, dan alam sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk menangani masalah ini adalah Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang antara negara Eropah EuroPersejutuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dll. Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara sukarela membuka dirinya kepada perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah aspek ini.
Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti Antarabangsa dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah daripada organisasi ini menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu isu kerana mereka bimbang bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan satu negara bangsa untuk melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau menyokong kerajaan yang melanggar hak asasi manusia rakyat mereka.
Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya fasyen berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan umpama kilat menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk secara sama pengguna seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman bergas yang sama dengan seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan glob. Walau bagaimanapun, perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan: sebagai contoh fikiran Barat tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran agama Islam tentang apa yang melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu bentuk imperialisme budaya untuk menjaga kepentingan ekonomi.
Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya dalam bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk perkampungan global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar mengelilingi dunia. Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam masa satu hari, menghantar emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau menjadi satu daripada 1.5 penonton perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan kini menurun disebabkan kemajuan teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran asing kepada perdagangan. Tuna yang ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya mungkin dihidangkan dalam satu restoran sushi di Jepun pada hari keesokannya. Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya.

Sejarah[sunting]

Rencana utama: Sejarah globalisasi
Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam penggunaan am dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah perkembangan perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang membenarkan firma dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan dengan geseran minima.
Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang berdasarkan pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan antara bidang ekonomi berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan negara-negara dalam eksport, dan tekannan untuk memansuhkan tarif perlindungan dan halangan lain kepada perdagangan. Waktu standard emas dan liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk sebagai "Era Pertama Globalisasi". Berdasarkan Pax Britannica dan pertukaran antara barangan dan mata wang yang digantung. era ini berkembang pada masa yang sama dengan pengindustrian. Asas kepada teori ini terdapat dalam hasil kerja David Ricardo tentang kelebihan Bandingan dan Hukum Say mengenai ekuilibrium Am. Pada dasarnya, ia didebatkan bahawa negara akan berdagang secara berkesan, dan apa-apa gangguan sementara dalam permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya. Institusi standard emas menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju bermula pada pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan tepatnya sering dipertikai.
"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an dan permulaan dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu itu berkembang pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan pelbagai benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-negara ini jatuh dengan pergerakan barangan, modal dan buruh secara bebas antara negara.
Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjianGATT (Perjanjian Am Tarif dan Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk memansuhkan halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay memhasilkan satu triti untuk mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau WTO, untuk menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian perdagangan bebas antara negara yang lain, termasuk beberapa bahagian Triti Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lain-lain halangan kepada perdagangan bebas.

Sifat dan kewujudan globalisasi[sunting]

Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi sebagai sesuatu yang benar atau hanya khayalan. Walaupun penggunaan istilah ini meluas, ramai pengarang berhujah bahawa ciri-ciri yang diatribusi kepada globalisasi telah dilihat dalam detik lain bersejarah. Juga, ramai menotakan bahawa ciri-ciri berkenaan, seperti kenaikan perdagangan antarabangsa dan peranan lebih pentingbadan koperat antarabangsa tidak begitu mendalam sebagaimana disangka.
Sesetengah pengarang lebih menyukai istilah keantarabangsaan daripada globalisasi. Dalam keantarabangsaan, peranan yang dimainkan negara-negara lebih besar, dimana globalisasi dalam bentuknya yang paling sempurna menghampuskan keperluan negara bangsa. Maka, mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara, dalam maksud meluas, jauh daripada dimansuhkan, dan proses globalisasi tidak berlaku, dan berkemungkinan tidak akan berlaku (lihat Linda Weiss) terutama apabila mengira bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan tidak pernah menjadi globalisasi (Kesatuan Eropah dan NAFTA pun masih belum membuktikan kes mereka).

No comments:

Post a Comment